Skip to content

Sape sahabat aku….??

January 14, 2009

Hari ni aku nak tulis tentang sahabat dan kawan.Apa bezanya sahabat n kawan? Ade orang kata ” Berjuta kawan beribu sahabat”.

Nak cari kawan  dan membina perkenalan tak lah susah sangat.Kadang-kadang,say hi atau salam, so dah boleh jadi kawan selepas tu.Tapi,nak cari sorang sahabat,mungkin dalam seribu tu, sorang je yang kita boleh panggil sahabat.

Siapakah sahabat tu?biler dia muncul dalam hidup kita?..hehe..tak siapa pun tahu.sebab ia depends pada masa, kejujuran, dan sebagainya.mungkin ambil masa yang lama untuk kita bagi dier title “sahabat”.

Apa bezanya dengan kawan?.kawan ni mungkin masa kecil dia ade di sisi kita,tapi bila dah besar, biasa la bawa haluan masing-masing.Ada yang dah keje, dah kawin, studi sampai lebih dari phd 🙂 dan sebagainya.Berbeza dengan sahabat.Sahabat ni orang yang sentiasa ada dengan kita.Kalau kita susah, dia la orang pertama tolong kita.Kalau kita tengah sedih n putus asa, dia la yang memberi semangat kat kita.Senang kata, di kala senang atau susah, dia ada di sisi.Dia tetap menyokong kita walau apa pun.Dia sanggup berkorban demi kita.Tapi, berkorban nyawa tu wallahu allam la…:)

Macam aku, sejak dari alam persekolahan ,aku mempunyai seorang sahabat.Walaupun tinggal jauh, di negeri yang berasingan, tapi kami tetap baik.Berkongsi cerita, berkongsi nota (pmr n spm), berkongsi pengalaman dan macam-macam lah.Dan sampai sekarang dia masih lagi menjadi sahabat aku.dan dalam masa yang sama dia dah pun menjadi boyfriend aku..:) hehe.Tahun ni sudah genap 9 tahun kami berkawan.Sejak dari sekolah, masuk kolej , masuk universiti, bekerja, kami tetap  rapat.thankz pada si dia, yang sudi menemani aku waktu suka n duka, waktu aku kehilangan ayah yang tercinta, dia tak putus2 memberi semangat.

Begitu juga sahabat2 aku yang lain.waktu zaman sekolah yang still lagi contact .Sahabat2 dan kawan2 dari Myspace n Friendster.Ada di antaranya yang mengambil berat pasal aku,hadir saat aku susah atau senang.Walaupun secara virtual je..

Selain tu, sahabat kat UKM yang amat baik.susah nak jumpa macam korang ni.waktu aku susah n sedih, korang banyak bagi semangat.time belajar, korang banyak bantu aku.saling bantu-membantu.Mana yang aku tak bape nak paham, korang explain kat aku.thnkz a lot.:) rindu kat korang semua.Al-maklumlah tengah break semester.

Tak lupa juga pada sahabat aku kat tempat keje.Hujung bulan ni, teman aku paling baik, Hezeani akan resigned.So,hilangla seorang sahabat aku kat opis ni.Hopefully, hubungan ni tetap diteruskan walaupun di mana jua.

So, sahabat tu ialah orang2 yang boleh kita harapkan.Pada aku, sape pun boleh jadi sahabat.asalkan jujur, baik, boleh btukar pendapat, matang ,dll.Kita boleh definisikan dia sebagai sahabat andai kata dia kita boleh bersandar pada dia saat kita hilang motivasi diri, saat kita menghadapi saat2 getir dan sebagainya.

So,setakat ni jela yang mampu aku tuliskan tatkala ni.Dah takde idea dah.

Hopefully, mana yang salah silap, maaf dipinta.:) buka lembaran baru di tahun baru 2009

One Comment leave one →
  1. xXmystery boyXx permalink
    January 14, 2009 12:50 pm

    kat saya awk lupa ke..hehehhehe …luv u 🙂

Leave a comment