Skip to content

Kanser Hati/ Hepatitis B (Rugi kalau tak baca)

January 9, 2009

Kali nie aku nak tulis serba sedikit info ttg penyakit keradangan hati or bahasa saintifiknya Hepatitis B.Penyakit ni memang bahaya dan boleh membawa maut.Inilah penyakit yg telah dihidapi oleh ayah aku tanpa disedari…:( Geram betul aku dengan virus ni!

Apa itu Hepatitis B?

Ia adalah sejenis penyakit wabak epidermik yang senyap-senyap menyerang pesakit.Ia merupakan jangkitan pada organ hati oleh kuman virus hepatitis B .

Hepatitis bermaksud keradangan hati yang menyebabkan hati membengkak dan terasa lembut.Ia boleh membawa kepada kerosakan hati yang berkekalan.Penyakit ni setakat ni belum ada penawar lagi.Secara luarannya, orang yang mengidap penyakit hepatitis ni kelihatan sihat.

Bagaimana Virus ni boleh merebak?..

1- Penyakit ni disebabkan oleh pemindahan darah /hemodialisis.

2- berkongsi alat penjagaan diri seperti pisau cukur, berus gigi dan lain2.

3-Ibu yang hamil boleh pindahkan virus tu kepada bayi dalam kandungan.

Yang ni hanyalah beberapa faktor.klu nak details lagi, boleh search kat health website.

Tanda-tanda dan gejala:

1- Mendapat selsema

2- Demam berlarutan

3- Sakit2 badan dan sendi

4- Keletihan /lemah

5- kulit/mata kekuningan.

6- Hilang selera makan

Jenis2 Hepatitis B :

a) Berbentuk akut

b) Berbentuk Kronik

klu berbentuk akut tu, maybe berkemungkinan boleh bertahan lama.Kebanyakkan pengidapnya tak menunjukkan sebarang gejala.

klu bentuk kronik tu, boleh dikatakan lebih serius la.maybe boleh mengjangkiti org lain dalam jangka masa waktu yg tak terhad.

Komplikasi yang mungkin berlaku ialah SIROSIS HATI. Apa benda tu?? Sirosis hati ialah penyakit kronik yang berlaku secara perlahan2 tanpa disedari di mana sel hati akan dimusnahkan secara beransur2.klu dah musnah sel tu,mana mungkin hati dapat menjalankan proses2 utk sistem lain di dalam badan:( Kanser ni selalunya berlaku di kalangan lelaki.Tapi, tak mustahil,kaum perempuan pun boleh menghidapi juga.

So,untuk mengelakkan penyakit ini dari menyerang kita,kena la amalkan pemakanan yang sihat.Selain itu,kena mengimbangi imbangan cecair di dalam badan.Jangan makan makanan berlemak.Lagi satu, yang paling penting, kalau sakit ,demam ke, jangan amalkan makan panadol.Panadol ni boleh memudaratkan fungsi hati.Sebab ia mengandungi bahan toxic.Kalau tak caya, tanya doktor.Doktor sendiri yang bagitau aku.:)

Cara2 nak elak hepatitis B ni:

1- Imunisasi/Vaksin Hepatitis B – Ini merupakan kaedah terbaik.

2- Kalau ada yg memerlukan penderma darah, sila pastikan darah yg diterima tak dijangkiti virus ni.Ataupun proses yang melibatkan pemindahan organ.HATI-HATI.

Setakat ni jela yang mampu aku tulis utk artikel hari ni.Just untuk berkongsi serba sedikit info tentang kesihatan.At least,kita dapat mencegahnya.Ingat, virus ni hadir secara senyap.So, pastikan kita menjaga kesihatan sebaik mungkin.Kalau boleh ,selalu buat medical check up ke, screening darah ke.Tapi, jgn la pulak tiap2 minggu pi jumpa doktor tu:)Bukan apa,untuk menghindari.Bukan untuk orang lain, untuk diri kita sendiri jugak.

Advertisements
One Comment leave one →
  1. February 3, 2010 9:58 pm

    komplikasi toxic hepatitis pula? dan tanda dan gejala alcoholic hepatitis?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: