Skip to content

Mimpi Seorang Gadis

August 11, 2009
tags:

Untuk Renungan Bersama…..

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. “Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?”

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- “Ya,
Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah
bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.” Balas gadis tadi.

“Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.”
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.”Aku bermimpi
berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata.”

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. “Kemudian ku lihat di tangan
kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil.

Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api
dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima
balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua
benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat
beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. “Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga
telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya
kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah.”
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti
mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut
lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya
mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, “Wahai anakku, pulanglah… .Banyakkan
bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-
mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH”

Advertisements

“Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka”

June 30, 2009
tags:

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki….” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. “Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

“Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang *****, siapakah orang yang *****itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir ‘MANAR ISLAM’ dan Super Tip Kehidupan Blog

Watch out!!

June 24, 2009
tags:

Happiness Quotes

June 24, 2009
tags:

For everything there is a season,
And a time for every matter under heaven:
A time to be born, and a time to die;
A time to plant, and a time to pluck up what is planted;
A time to kill, and a time to heal;
A time to break down, and a time to build up;
A time to weep, and a time to laugh;
A time to mourn, and a time to dance;
A time to throw away stones, and a time to gather stones together;
A time to embrace, And a time to refrain from embracing;
A time to seek, and a time to lose;
A time to keep, and a time to throw away;
A time to tear, and a time to sew;
A time to keep silence, and a time to speak;
A time to love, and a time to hate,
A time for war, and a time for peace.

SELAMAT HARI BAPA

June 21, 2009

Selamat Hari Bapa untuk bapa di seluruh dunia.Rasanya belum terlewat lagi aku memberi ucapan tersebut.

Ibu dan ayah ialah orang yang paling penting dalam hidup aku.Tanpa mereka, tak wujudlah aku di dunia ini. Semalam masa aku keluar bersama tunangku di One Utama, sungguh ramai orang di sana meraikan Hari Bapa. Sungguh ceria nampaknya mereka.

Aku lebih selesa menggunakan panggilan ayah di sini. Ayahku bernama Abdul Mutalib B Bidin. Dilahirkan pada 16 Julai 1953. Bekas pekerja Telekom Malaysia Berhad. Sejak kecil mmg aku ni dikategorikan sebagai anak ayah.hehe..Anak mak la jugak,cuma manja tu lebih sikit dengan ayah.:) Sejak kecil, memang ke mana ayahku pergi, aku akan mengekor mengikut dari belakang.Kalau kena tinggal, meraungla jawabnya.Aku masih ingat lagi, masa mula2 masuk kelas tadika, ayahku la yang menemani aku.(Biasa la first time menjejakkan kaki ke sekolah).

Masuk sekolah rendah, ayahku la yang menghantar pergi sekolah dan menjemputku pulang dari sekolah.Kadang-kadang naik motor n kadang-kadang naik kereta.Sungguh indah pengalaman itu! Rasanya jika boleh diputar semula, aku mahu kembali ke saat itu.

Masuk sekolah menengah, aku kenala berdikari.Pergi n pulang dari sekolah naik bus.Kalau ader tuisyen malam ,ayah akan jemput aku di tempat tuisyen.Ayah sanggup tunggu selama 2 jam di depan tempat tuisyen aku.Sungguh sabar ayahku ini.Kata ayah, ayah nak tengok anak dia dapat keputusan bagus dlm PMR. Alhamdullillah, tak sia2 pengorbanan ayah bila keputusan PMR ku keluar. Begitu gembiranya dia.

Then ,masuk form 4 je..saat ni aku mula berjauhan dari keluarga. Aku telah disekolahkan di Taiping. Jauh kan.So, tak bolehla balik selalu.Sedihnya. Ayah n mak pun jarang menjenguk aku di sekolah.Alasan yang diberi..jauh la, itu dan ini.hmm,kawan-kawan lain semuanya mak ayah dtg jenguk tiap2 minggu.Kadang2 aku sampai nak menangis kat tepi public phone tu bila ayah cakap tak dapat dtg jenguk aku di hari minggu.:(

Then, pas habis sekolah, tiba masanya aku meneruskan pengajian di peringkat diploma pulak.tak la hebat mana pun.Aku tak dapat masuk matrik or universiti pun.Just Kolej Islam Antarabangsa di Gombak.Tapi,ayahku tak marah.Nak masuk kolej ni, bayaran pun boleh tahan tinggi.Ayahku menjual tanahnya semata-mata nak bayar duit yuran aku.Sedihkan,tapi tak sedih bagi ayah. Dia gembira kerana dapat menampung aku meneruskan pengajian. Alhamdullilah, saat ni aku menebus balik harapan ayahku.

Ayahku amat berharap aku dapat masuk universiti.Syukur, aku sempat menunaikan harapannya..Tahun lepas, ayahku dan ibu menunaikan haji.Satu ucapan yang tak dapat aku lupakan dan aku akan ingat sampai bila2..ayahku berkata ” Ina,ayah dah doakan  semoga ina dapat segulung ijazah”.

Tapi, Allah lebih menyayangi ayahku.Sekembalinya dari Makkah, ayah telah jatuh sakit. Beberapa minggu lepas tu Allah telah menjemput ayahku.Tak sempat ayah nak tgk anak ayah ni naik pentas menggengam segulung ijazah nanti.:(

Sempena dengan Hari Bapa ni, aku hanya sempat menghadiahkan bacaan surah Yassin dan Al Fatihah sahaja. Tiada ucapan ataupun kad untuk ayah.

Moga ayah tenang bersemadi di alam sana. Sayang ayah….n kami sentiasa rindukan ayah.

Dari anakmu,

-Hazlina-

KERJA…

June 11, 2009
tags:

” Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
ada datang dengan perasaan “biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena .”

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa” saja,
hasilnya adalah “biasa” saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah…”
Jadi renungkan lah….

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ tapi hampa,
hasilnya macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya ‘KELAM KABUT’ .

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR’AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
KRITIK yang mencipta KRISIS .

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, adalah lebih baik kita tanya
‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’

8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, sela-
gi hati kita berdengki,jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita)dan
tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
anggapan kita itu sendiri.

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
maka lakukanlah segera…tapi manusia tetap manusia..
sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik…
adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
dan tingkat kerjasama dalam kerja,
tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan …
kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
kita withdraw kat akhirat nanti…
tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya…

“Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”

Update1

May 14, 2009

ina

with my cousin