Skip to content

Hantaran

May 5, 2009

Hantaran Sebelah Perempuan (Hazliena)

Hantaran 1

Hantaran 2

Hantaran 3

Hantaran 4

Hantaran 5

Hantaran Sebelah Lelaki (Hasrul)

Hantaran 1

Hantaran 2

Hantaran 3

Hantaran 4

Gambar Hari Pertunangan..

May 5, 2009

layoutdesign011

Hari Pertunangan

10 Technologies That Will Transform Your Life

April 6, 2009

top-10-transform-tech

  1. The Hydrogen Economy: Expected to replace oil economy.
  2. Therapeutic Cloning: Cancerous or damaged organs could be replaced by new, disease-free clones of themselves.
  3. Computing Power: Moore’s law still holds good and expected to be valid for some more time.
  4. Desktop 3-D Printing: When your favorite gadget of the future breaks, you might select a replacement model online, download its design file and make a true 3-D replacement on your home printer.
  5. Location-Based Computing: Location based services will evolve that could bridge real and virtual worlds seamlessly.
  6. Better, Cheaper Solar Cells: The cost of photo voltaic cells will come down drastically and solar power expected to wide spread in use in house hold usage, space and vehicles.
  7. Mobile Robots: Why drive to the deli to pick up your order when you can just send your robot car?
  8. Pervasive Wireless Internet: WiMAX, 3G, 4G, etc., all point to a pervasive wireless Internet, where being on-line everywhere, all the time, will be routine.
  9. Gene Therapy and Stem Cells: scientists are working to change the genes causing inherited diseases and trick defective cells into growing correctly.
  10. Digital Libraries: The time will come when any straightforward factual question can be answered immediately, online.

Strees ..

March 17, 2009
tags:

cat-stress

Apa itu strees?pernah tak korang berasa stress..?Pada aku, stress tu boleh membuatkan aku sakit jantung di usia muda biler memikirkannya tanpa jalan penyelesaian.

Tapi,aku ni hanya manusia biasa.Yang tak lari dari masalah,dugaan hidup dan macam2 lagi tok nenek.So, biler berhadapan dengan stress, kita kena la tahu cara mengatasinya agar risiko untuk mengidap sakit jantung tu kurang..:) Biasanya,stress ni meliputi problem yang personal, pasal kerja, pasal famili, pasal anak2 (tapi aku lum ada anak lagi), pasal suasana persekitaran dan sebagainya.

So,apakah cara yang boleh mengatasi masalah depress atau stress ni?So,hari ni aku nak share beberapa cara yang muhasabah la jugak untuk atasi stress ni.

1. Baca Al-Qur’an/ Beribadat

Al-Qur’an itu mukjizat yang paling besar. Banyak manfaat  boleh dapati darinya. Ayat-ayatnya juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Jadi membaca Al-Qur’an juga adalah cara yang terbaik untuk mengurangkan rasa stress .Sembahyang 5 waktu pun jgn diabaikan.

2. Lihat laut / air terjun / tasik

Elemen yang terbesar dalam tubuh badan kita adalah air yang mewakili sebanyak 70%. Kerana itu, sudah seperti menjadi fitrah bila kita melihat air, akan timbul satu perasaan tenang dan riang di hati kita. Kerana itu aku sarankan  lihat laut atau air terjun. Dari segi saintifik, di tempat-tempat itulah kadar ion-ion negatifnya sangat tinggi. Ionizer semulajadi.Tapi,kalau duduk kat KL,mana nak dapat air terjun semulajadi kan.So, korang boleh pegi ke air terjun mini yang kat KLCC tu. Nak lagi tenang, pergi tasik yang berdekatan seperti Tasik Titiwangsa atau Tasik Perdana.Tapi, kalau korang terlampau bz sangat sampai tak ingat dunia, better beli je frame yg ada gambar laut kemudian gantung kat bilik atau pejabat.

3. Lihat muka ibu

Pernah dengar kata-kata ini. “Syurga itu di bawah tapak kaki ibu” Secara tak langsung  lihat wajah ibu  atau berdampingan dengannya, rasa aman dan riang pasti akan timbul dari sanubari. Ibarat seperti  berada di syurga.Tapi,kalau ibu ader kat kampung ,cukupla sekadar menelefon dan meminta nasihat/pandangan.Yang ni selalu la aku praktikkan.Memang tak sah kalau tak tiap2 hari menelefon ibuku.Yela, dia sahaja la tempat aku mengadu suka n duka..Owh ibu……

4. Pergi berjumpa kawan-kawan

Kalau stress jangan  pencilkan diri  dalam bilik. Itu hanya membawa diri menuju satu fasa yang lebih teruk iaitu kemurungan.Dunia ini masih terlalu banyak perkara untuk dipelajari rahsianya dan tersangat indah untuk  dinikmati. Kongsilah penerokaan rahsia dan keindahan dunia ini bersama kawan-kawan . Pasti mampu mengurangkan stress.Ajak mereka bersiar2 di tempat yang betul sambil berkongsi2 cerita.

5.Pergi ke sesi kaunseling

Yang ini untuk sesiapa yang rajin la.So, boleh berjumpa dengan pakar kaunseling seperti Dr Fadzilah Kamsah atau Dr Tuah.atau kalau nak jimat sikit, korang boleh lawat website dorang.Mungkin dari situ boleh dapat tips serba sedikit.

6.Shopping ( I like  !!)

Cara yang ni pun aku selalu amalkan time aku stress.Dengan shopping, aku dapat melepaskan beban yang bersarang dlm kepala otakku.Selain itu, aku dapat melupakan masalahku buat seketika.Yang penting aku puas hati.Tapi,berpada2 la.Jangan shopping sampai tak hingat dunia akhirat.Tapi, jgn ikut caraku ini.tak baik untuk kesihatan diri dan tahap kewangan especially time tgh2 bulan.Memang leh menangis ar!!

Ok…setakat ni jela yang mampu aku tuliskan.Kalau ada tambahan cara2 lain nanti, aku tuliskan dlm entri akan datang.Coming Soon!!

daaa….:)

“Billionaire” in the world….2009

March 13, 2009

1. Bill Gates (AS$40 bilion – Microsoft – Amerika Syarikat)

2. Warren Buffett (AS$37 bilion – Berkshire Hathaway – AS)

3. Carlos Slim dan keluarga (AS$35 bilion – Telecoms – Mexico)

4. Lawrence Ellison (AS$22.5 bilion – Oracle – AS)

5. Ingvar Kamprad dan keluarga (AS$22 bilion – Ikea – Sweden)

6. Karl Albrecht (AS$21.5 bilion – Aldi – Jerman)

7. Mukesh Ambani (AS$19.5 bilion – Petrokamia – India)

8. Lakshmi Mittal (AS$19.3 bilion – Besi – India)

9. Theo Albrecht (AS$18.8 bilion – Aldi – Trader Joe’s – Jerman)

10. Amancio Ortega (AS$18.3 bilion – Zara – Sepanyol)

11. Jim Walton (AS$17.8 bilion – Wal-Mart, AS)

12. Alice Walton (AS$17.6 bilion – Wal-Mart – AS)

13. Christy Walton dan keluarga (AS$17.6 bilion – Wal-Mart, AS)

14. S. Robson Walton (AS$17.6 bilion – Wal-Mart AS)

15. Bernard Arnault (AS$16.5 bilion – LVMH – Perancis)

16. Li Ka-shing (AS$16.2 bilion – Hong Kong)

17. Michael Bloomberg (AS$16 bilion – Bloomberg, AS)

18. Stefan Persson (AS$14.5 bilion – Hennes and Mauritz, Sweden)

19. Charles Koch, AS$14 bilion – Pembuatan, Tenaga – AS)

20 David Koch (AS$14 bilion) – Pembuatan, Tenaga – AS)

Surat dari anak mak yang dah tak nakal….:(

March 9, 2009

NUKILAN DARI SEORANG INSAN…TAPI BUKAN AKU…

Mak

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari,

Dah hampir sepuluh bulan mak pergi

rasanya baru semalam mak peluk kiter kan…

Mak tau tak…..
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..

mak macam dah sedia…..
Seminggu sebelum tu…..
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
kakak pun rasa hairan…..
mak tak penah buat gitu…..

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ……
kengkadang siaran indonesia …
mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari…..
ada kat dalam dalam beg…..
ada dalam ASB…..
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi….
ada kat dalam gulung tikar…..

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
mak cuma gelak jer…
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
mak tetap takmau pi hospital…. .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor…
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju… ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. ..

Mak…..
amponkan kami semua…
kami nak mak sehat…
kami sayang mak…
kami tak mau mak sakit…
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….
ampon kan kami yer mak….

Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula…
kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
mak gelak ajerr…..

Lepas tu bila kereta kiter sampai….
mak buat kenduri kesyukuran.. ….
Dan kiter masih ingat lagi…
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…
mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..

Mak….
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
mak, kiter menipu mak kan …
ampon kan kiter….
Mak…..
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital….
nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn

Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….

Mak…..
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan …..
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….

Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak..!
Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..!


Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir….
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…
Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan….
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas…
makk…
anak mak yang seorang tu demam….

Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung…

Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan …????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”
Dan akhirnya akak juga nangis…..

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..

Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…
Kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang…
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil


7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

March 9, 2009

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1.Bersyukur, bersyukur, bersyukur. Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2.Tekad Bermotivasi. Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi. Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.

Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja. Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri

Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah Warna boleh mempengaruhi mood.

Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan Lepaskan segala yang dulu-dulu.

Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.