Strees ..

Apa itu strees?pernah tak korang berasa stress..?Pada aku, stress tu boleh membuatkan aku sakit jantung di usia muda biler memikirkannya tanpa jalan penyelesaian.
Tapi,aku ni hanya manusia biasa.Yang tak lari dari masalah,dugaan hidup dan macam2 lagi tok nenek.So, biler berhadapan dengan stress, kita kena la tahu cara mengatasinya agar risiko untuk mengidap sakit jantung tu kurang..:) Biasanya,stress ni meliputi problem yang personal, pasal kerja, pasal famili, pasal anak2 (tapi aku lum ada anak lagi), pasal suasana persekitaran dan sebagainya.
So,apakah cara yang boleh mengatasi masalah depress atau stress ni?So,hari ni aku nak share beberapa cara yang muhasabah la jugak untuk atasi stress ni.
1. Baca Al-Qur’an/ Beribadat
Al-Qur’an itu mukjizat yang paling besar. Banyak manfaat boleh dapati darinya. Ayat-ayatnya juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Jadi membaca Al-Qur’an juga adalah cara yang terbaik untuk mengurangkan rasa stress .Sembahyang 5 waktu pun jgn diabaikan.
2. Lihat laut / air terjun / tasik
Elemen yang terbesar dalam tubuh badan kita adalah air yang mewakili sebanyak 70%. Kerana itu, sudah seperti menjadi fitrah bila kita melihat air, akan timbul satu perasaan tenang dan riang di hati kita. Kerana itu aku sarankan lihat laut atau air terjun. Dari segi saintifik, di tempat-tempat itulah kadar ion-ion negatifnya sangat tinggi. Ionizer semulajadi.Tapi,kalau duduk kat KL,mana nak dapat air terjun semulajadi kan.So, korang boleh pegi ke air terjun mini yang kat KLCC tu. Nak lagi tenang, pergi tasik yang berdekatan seperti Tasik Titiwangsa atau Tasik Perdana.Tapi, kalau korang terlampau bz sangat sampai tak ingat dunia, better beli je frame yg ada gambar laut kemudian gantung kat bilik atau pejabat.
3. Lihat muka ibu
Pernah dengar kata-kata ini. “Syurga itu di bawah tapak kaki ibu” Secara tak langsung lihat wajah ibu atau berdampingan dengannya, rasa aman dan riang pasti akan timbul dari sanubari. Ibarat seperti berada di syurga.Tapi,kalau ibu ader kat kampung ,cukupla sekadar menelefon dan meminta nasihat/pandangan.Yang ni selalu la aku praktikkan.Memang tak sah kalau tak tiap2 hari menelefon ibuku.Yela, dia sahaja la tempat aku mengadu suka n duka..Owh ibu……
4. Pergi berjumpa kawan-kawan
Kalau stress jangan pencilkan diri dalam bilik. Itu hanya membawa diri menuju satu fasa yang lebih teruk iaitu kemurungan.Dunia ini masih terlalu banyak perkara untuk dipelajari rahsianya dan tersangat indah untuk dinikmati. Kongsilah penerokaan rahsia dan keindahan dunia ini bersama kawan-kawan . Pasti mampu mengurangkan stress.Ajak mereka bersiar2 di tempat yang betul sambil berkongsi2 cerita.
5.Pergi ke sesi kaunseling
Yang ini untuk sesiapa yang rajin la.So, boleh berjumpa dengan pakar kaunseling seperti Dr Fadzilah Kamsah atau Dr Tuah.atau kalau nak jimat sikit, korang boleh lawat website dorang.Mungkin dari situ boleh dapat tips serba sedikit.
6.Shopping ( I like !!)
Cara yang ni pun aku selalu amalkan time aku stress.Dengan shopping, aku dapat melepaskan beban yang bersarang dlm kepala otakku.Selain itu, aku dapat melupakan masalahku buat seketika.Yang penting aku puas hati.Tapi,berpada2 la.Jangan shopping sampai tak hingat dunia akhirat.Tapi, jgn ikut caraku ini.tak baik untuk kesihatan diri dan tahap kewangan especially time tgh2 bulan.Memang leh menangis ar!!
Ok…setakat ni jela yang mampu aku tuliskan.Kalau ada tambahan cara2 lain nanti, aku tuliskan dlm entri akan datang.Coming Soon!!
daaa….:)


